Thursday, December 4, 2008

Moh Ke Timur Part 2...

Setelah penat berjalan-jalan dengan menaiki bas Bandar, saya pun turun di Stesen Bas MBKT di bandar Kuala Terengganu. Tujuannya adalah untuk singgah membeli tiket ke Kota Bharu pada keesokan harinya dan juga tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.Stesen bas ini adalah salah satu pintu masuk ke Bandar Kuala Terengganu untuk sesiapa yang datang dengan menaiki Bas. Di sini Bas - bas yang beroperasi adalah Bas Domestik, Bas Mini dan Bas Ekspres.






Setelah penat berjalan-jalan di Hentian Bas MBKT, saya dan rakan-rakan ke Depoh Bas Adik Beradik Ekspres yang terletak Di Manir. Kebetulan di situ terdapat sebuah bas yang sedang di cuci dan akan memulakan trip ke KL jam 10 mlm. Kini Adik Beradik telah menggunakan bas Barunya iaitu Hino ANKAI P11C selain dari Hino RM


Seat VIP 2+1

ADIK BERADIK EKSPRES
Perjalanan meliputi:
a)KL(Hentian Putra) - KEMAMAN - DUNGUN - KUALA TERENGGANU
b)PUTRAJAYA(Putrajaya Sentral) - KEMAMAN - DUNGUN - KUALA TERENGGANU
c)JOHOR BAHRU(LARKIN) - KUALA TERENGGANU Mel Endau / Mersing



Bas Kementerian Kerja Raya


Interior dalaman (Seat Depan Utk VIP)


Bas MOSTI


Gambar di atas adalah bas-bas kerajaan yang di tempatkan di Gem Island Resort, Batu Rakit. Kebetulan di sana salah dari rakan kami menghadiri seminar selama seminggu di sana. Gambar bas yang diatas sekali adalah Bas Kementerian Kerja Raya buatan Mtrans yang kini di kenali sebagai Scomi dan juga Bas MOSTI buatan Deftech tetapi rekaan asal adalah dari Yip Thong Deluxe Coach.

No comments: