Tuesday, July 7, 2009

Plusliner xtreme launching..Pada hari pelancaran....

Ok la bersambung semula la yer..Untuk Makluman anda, Plusliner extreme ini pelancarannya di lancarkan oleh YAB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz di Laguna Pullman Hotel and Resorts. Seramai lebih 100 Tetamu dan wartawan yang datang untuk menyaksikan pelancaran Plusliner extreme yang di anjurkan dengan gilang-gemilang.




Bas yang sudah siap sedia semasa hari pelancaran


*Sedikit info,Pihak KTB dan juga Scania telah menandatangi kontrak penyelenggaraan untuk bas-bas Plusliner extreme.

*Seramai 24 orang pemandu yang menjalani latihan di Scania Malaysia telah menerima sijil masing-masing.

*Plusliner extreme ini merupakan salah satu bas yang berkapasiti tinggi yang boleh memuatkan 72 Penumpang pada satu-satu perjalanan dan antara bas dua tingkat berkapasiti tinggi yang pertama di Malaysia.

*Buat Masa ini hanya 2 buah bas yang beroperasi untuk laluan KL - Kuantan

*Setiap bas mempunyai tangga kecemasan yang boleh di hubungkan dengan pintu kecemasan di bahagian atas.


Demonstrasi Tangga Kecemasan

Acara Memotong Riben

Pemandu mengambil gambar bersama Menteri


Selepas acara memotong riben

Tetamu di bawa menaiki bas Plusliner extreme




Tingkat Bawah

Tingkat Atas

Seat Buatan TKH yang boleh di ejas ke kiri dan ke kanan sama seperti seat Buatan Vogelsitze Sky view.


Bersama rakan sekerja dari Plusliner Travel n Tours

Replika Bas Plusliner extreme

So acara ini berakhir pada sebelah Tengah Hari dan yang penting acara ini berlangsung dengan jayanya.Terima Kasih kepada semua pihak terutama warga kerja KTB serta pihak Hotel dan pengurusan acara yang telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan acara ini.











2 comments:

Unknown said...

sempoi lar

Yap Chee Herng said...
This comment has been removed by the author.