Thursday, November 27, 2008

Moh ke Timur Part 1


Jom ke Timur!! itu lah iklan yang saya dapat lihat berhampiran plaza tol Gombak menghala ke Karak. So pada minggu lepas saya bersama rakan seramai 5 orang bertolak ke Kuala Terengganu dari shah alam untuk ke jalan-jalan dan berjumpa rakan forum di sana.Maka kami bertolak jam 9.30 malam dengan bas SP BUMI DD dari terminal seksyen 17. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam dan kami tiba pada jam 5.30 pagi.Tetapi kami turun di depoh kerana salah seorang rakan ingin melihat bagaimana rupanya depoh SP Bumi yang merupakan salah satu syarikat bas yang terkenal bagi seluruh Negeri Terengganu.
SP BUMI DD - WRR 6789 Made by sks coach (Scania 420)

Dek atas Boleh Memuatkan 48 penumpang dan dek bawah 12 Penumpang maka jumlah 60 penumpang untuk satu bas.Seat 2+2. Jikalau Seat 2+1 hanya boleh naik dari Hentian Putra KL dan Tiket Boleh di beli dari Kaunter Ekspres Darul Naim

Bas yang telah siap di cuci

Pemandangan di dalam kawasan Depoh

Tiket SP BUMI Shah Alam - Kuala Terengganu (RM 42.00)



Bas Bandar Kuala Terengganu

Pada petangnya pula, kami mencuba menaiki bas Bandar Kuala Terengganu.Untuk menaikinya, pengunjung perlulah ke Dataran Syahbandar yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang.Tiada tambang yang di kenakan untuk penumpang. Laluan bas ini meliputi dari Bandar ke Muzium Losong dan Taman Tamadun Islam dan juga dari Bandar ke Chendering. Bas ini telah memulakan operasi pada 1 Januari 2008 sempena Tahun melawat Terengganu. Tujuannya adalah untuk menarik orang awam menggunakan bas ini semasa di bandar Kuala Terengganu. Operasi bas ini di kendalikan oleh Cahligas iaitu salah satu anak syarikat kerajaan negeri Terengganu. Perkataan Cahligas mempunyai maksud sebenarnya. Ianya merupakan dialek Terengganu yang membawa maksud tidak duduk diam ataupun cergas. Gambar di bawah menunjukkan hiasan dalaman di dalam bas tersebut yang menggunakan hiasan tradisional iaitu , ukiran kayu, tenunan songket dan juga batik yang merupakan antara seni kraf yang terkenal di negeri Terengganu dan ianya terdapat di dalam kesemua bas Bandar ini. Cahligas mempunyai Lapan Buah Bas Bandar.Empat Buah dari bas ini di buat oleh Sumai Engineering yang menggunakan Enjin Nissan JA 450 S dan Empat buah lagi oleh Pioneer Coachbuilders yamg menggunakan Enjin Hino RK.


Hiasan Dalaman Bas Bandar
Batik Lukis
Ukiran Kayu

Tenunan Songket

Batik cop


Pemandangan sepanjang menaiki bas Bandar Kuala TerengganuKawasan Keropok lekor di Losong


Muzium Terengganu di Losong

Pemandangan di kawasan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man dan di kawasan ini juga terletaknya Masjid kristal.

Bersambung di Bahagian ke 2.....Moh ke Timur

1 comment:

wirajack said...

Assalamualaikum, blog yang menarik sekali. Saya juga peminat bas. Semasa saya bekerja di K/T'ganu (1999-2001), setiap minggu atau 2 minggu sekali saya akan balik ke KL (rumah keluarga) dengan menaiki bas. Biasanya Transnasional lah. Kedua Sutera, kalau takde tiket barulah saya cari tiket, masa tu Damai Ria (sebelum jadi Konsortium) atau Rangkaian Mewah (pernah dikenali dengan nama Rangkaian Maut!) atau pilihan terakhir SE Ekspress. Tapi bas Transnasional tetap pilihan, memang basnya terasa lain berbanding syarikat2 lain.

Teruskan lagi blog ini....