Thursday, December 4, 2008

Moh Ke Timur Part 3....(Kota Bharu)


Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim dan terkenal dengan jolokan negeri cik sitti wan kembang dan juga negeri serambi mekah. Saya tiba di Bandar ini kira-kira jam 3 petang dengan menaiki bas SP BUMI ankai dari Kuala Terengganu. Terima Kasih kepada kawan saya Hijaz yang menghantar ke Hentian Bas Batu 6 Manir kerana saya tidak sempat ke Bandar Kuala Terengganu kerana jalan sesak ketika itu.


Baru Tiba di Bandar Kota Bharu. Selain Bas SP BUMI , SKMK Transnasional ada mengadakan perkhidmatan ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu dan turun di Hentian Bas Bandar Kota Bharu.

Hentian Bas Bandar Kota Bharu

(Bas Domestik dan Bas Mini untuk SKMK )


Kemudian saya ke Jalan Hamzah untuk menaiki bas balik Ke Kuala Lumpur. Selain Hentian Bas Jalan Hamzah, Terdapat juga Hentian Bas Jalan Langgar untuk Transnasional sahaja. Hentian ini bersebelahan dengan KB Mall iaitu salah satu Kompleks Membeli belah di Kota Bharu.Ini adalah sedikit Gambar semasa di Hentian Jalan Hamzah.

Sri Jengka Ekspres
Perjalanan meliputi
KB - KT - Kuantan - Temerloh - Bandar Pusat Jengka


Sani Express
Perjalanan meliputi
KB - Pasir Puteh - Jertih - Machang - KL - PUTRAJAYA - SHAH ALAM - KLANG


Utama Ekspres
Perjalanan meliputi
KB - KL -KAJANG
KB - KT- KUANTAN - DUNGUN - MERSING



E- Mutiara premier class


Tiket terbaru dari e mutiara(seperti boarding air asia)
p/s:pic dari Heyru

Pada malam itu saya bertolak dengan menaiki Bas E - Mutiara double deck.Bas Bertolak pada jam 9.30 malam dan tiba di Hentian Putra pada jam 5.15 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya sentral.Maka dengan ini berakhirlah perjalanan saya ke Timur. Maka perjalanan ke Timur memang menarik dan juga mempesonakan.Jadi, jom le ke timut(opsss sekarang musim banjir so kene la berwaspada)

No comments: