Monday, November 24, 2008

RapidKL ... Nadi penggerak warga kota

Rapid KL..satu nama pengangkutan awam yang amat terkenal sekali pada warga Lembah Kelang khusunya.Ianya gabungan antara perkhidmatan bas dan juga Rel ianya setia memberi khidmat bagi penduduk di kawasan lembah kelang.Jikalau di ikutkan Rapid KL ini mengambil alih laluan bas dari Cityliner dan Intrakota yang sebelum ini memberi khidmat kepada warga kota dan kawasan lembah kelang. Dengan 167 laluan dan meliputi 980 kawasan , Rapid KL tetap setia memberi khidmat kepada warga kota. Tidak terkecuali perkhidmatan rel yang sebelum ini di sediakan oleh PUTRA iaitu Projek usahasama Transit Ringan Automatik dan Star iaitu Sistem Transit Aliran Ringan yang merupakan perkhidmatan rel aliran ringan yang pertama di malaysia.Baru- baru ini perkhidmatan Rapid KL di ambil alih sepenuhnya oleh SPNB iaitu Syarikat Prasarana Negara Berhad yang di miliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Di sini sedikit info untuk di kongsi bersama.


Perkhidmatan Rel oleh RAPID KL Meliputi

Kelana Jaya Line
Gombak (Terminal Putra) - Kelana Jaya

Ampang Line
Sri Petaling - Sentul Timur
Ampang - Sentul Timur

So kita sambung pula pada perkhidmatan bas. Perkhidmatan Rapid KL terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Perkhidmatan Tempatan , Utama dan Bandar. Perkhidmatan Tempatan merangkumi dari kawasan Perumahan ke Stesen Rel dan juga ke Hab bas Utama. Perkhidmatan Utama pula merangkumi dari Hab bas atau kawasan laluan utama ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Manakala Perkhidmatan Bandar merangkumi kawasan Bandaraya meliputi kawasan Membeli belah dan kawasan menarik di Kuala Lumpur. Satu Lagi perkhidmatan Ekspres Hentian Terhad yang hanya berhenti di sesuatu perhentian sahaja.


Contoh perkhidmatan bas dan kadar tambang

Perkhidmatan Tempatan Tambang RM 1.00 SEHARI
Perkhidmatan Bandar RM 2.00 SEHARI
Perkhidmatan Utama RM 2.00 SEHARI

Perkhidmatan Ekspres RM 3.00 Sehala dan RM 5.00 sehari

Antara Bas-bas yang di gunakan oleh Rapid KL adalah seperti di dalam gambar
Volvo B7RLE (Untuk warga OKU)
Iveco Turbo City

Bas-bas dari negara china

AN Yuan
KingLong
Higer
Dong Feng
Yaxing Kosmo

Kawasan Liputan Rapid KL
Kawasan 1 - Bandaraya Kuala Lumpur
Perkhidmatan Bas B101,B102,B103,B105,B110,B111,B112,B113,B115

Kawasan 2 - Kepong, Selayang, Batu Caves, Sentul dan Gombak

Kawasan 3 - Wangsa Maju, Hulu Kelang, Pandan, Ampang dan Keramat

Kawasan 4 - Cheras, Hulu Langat, Kajang , Putrajaya dan Serdang

Kawasan 5 - Puchong, Shah Alam selatan, Petaling Jaya Selatan,Subang Jaya dan
Jalan Klang Lama

Kawasan 6 - Shah Alam Utara, Petaling Jaya Utara, Subang, Damansara dan Bangsar


Peringatan :
Jangan gatal dok bagi duit besar plak..bagi lebih balance tiada yer...

Hab bas Rapid KL
- KL sentral
-Pasar Seni
-Titiwangsa( Pekeliling )
-KLCC
-Maluri

Ok la kalau korang ada apa2 masalah boleh la layari di www.rapidkl.com.my atau hotline
03 7625 6999.Kalau nak komplen bole e mail kat suggest@rapidkl.com.my

No comments: