p/s: Gambar adalah ihsan dr saudara hijaz
Tarikh 14 julai 2009 merupakan tarikh yg aku memang x dapat lupa.Salah satunya hari jadik kak sal officemate aku n satu lagi tragedi yang aku memang tak boleh lupa selama menggunakan pengangkutan awam iaitu bas Rapid KL. Pada hari tu aku masuk keje ptg iaitu shift pukul 2.30 pm.Mcm biasa la aku naik bas u80 Dari sek 2 shah alam ke KL Pasar Seni. Kebetulan plak kawan aku yusri yang bawak bas tu. No bas tu WPL 2897 . Kebetulan sehari sebelum tu aku naik bas yang sama juga. So Kami bertolak dari sek 2 shah alam jam 12.40 Tgh Hari. Bas di depan kami bas Haji Abd Majid yang drive bas WPL 3885 dan di belakang bas pula bas WPL 780 yang di pandu oleh Yusof Mijan.
So di pendekkan cerita sebelum kejadian nahas tu, ada sebuah kereta satria tiba-tiba memecut di lorong kanan sekali di lebuhraya persekutuan. Jadi Yusri pun cakap dengan aku tengok kereta tu. Aku pun pandang la ke depan. Kalo nak di ikut aku duduk dekat seat yang mengadap dengan penumpang lain di bahagian depan. Jadik aku pon tengok tiba-tiba dengan sekelip mata kereta tu pun menukar lorong sama dengan bas kami. Aku sempat lihat pandang sekilas lalu.then tiba-tiba bas tu pun terjun ke laluan motor pada ketinggian 4.5 meter.
Bila bas dah berada di bawah, dan aku tersedar aku lihat penumpang di tengah dan belakang terpelanting ke depan dengan keadaan berlumuran darah. Memang aku x dapat bayangkan la time tuh. So sempat lagik aku arah yg terselamat di belakang tu bukak pintu belakang tapi tak boleh. Nasib la ada yang datang tolong. Mula-mula aku try call 999 tapi x dapat. Then call office n call Ashadi kawan aku kat SPNB. Terkejut berok diaorang suma tuh. Beg aku plak aku carik skali dah kat semak. So time sebelum terlantar sakit tuh sempat la lagi tolong angkat orang cedera skit2 n carik barang valuables.last2 aku yang tersadai sebab da sakit sangat. Wartawan yg sampai dulu dari RTM. So masuk la aku dalam TV. Hehe..Last2 ambulan yg bawak pi hospital. Ramai plak yang cedera. nasib la x da apa2 bila da x ray. sumer famili member n kawan2 aku risau sgt. abg angkat aku si sham tu lagik la..risau yg amat bila aku sms. So wat masa sekarang ni aku berehat di rumah nk ilangkan trauma n sakit belakang ni.skang ni sakit2 skit2 la..x leh gerak kuat sgt. So sekarang ni terserah la pada siasatan polis mengenai kes ni. Aku pon dah buat laporan. Sekian :)
p/s: Pada kawan yg melawat aku dan yg bertanya kabar ttg aku , di ucapkan ribuan terima kasih.Jasa anda tak dapat aku balas.
p/s: Pada kawan yg melawat aku dan yg bertanya kabar ttg aku , di ucapkan ribuan terima kasih.Jasa anda tak dapat aku balas.
4 comments:
moga-moga cepat sembuh bro.. jaga diri baik-baik. :)
oit..sory la, aku x tau pon kalo x nk gk g lawat ko kat sepital..aku tau pon iskandqr yg bagi tau aku...nasib ko x la teruk sgt kan..syukur
wow,
tak sangka ko ada dlm bus tu ekk
patut la ko slalu ngadu sakit badan
mujur ko idup lagi
ehe..
syukur!
eksiden tewww..
Post a Comment