Thursday, December 4, 2008

maklumat perjalanan ke kota bharu

Disini saya selitkan maklumat perjalanan untuk ke Kota Bharu untuk sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan Bas. Perjalanan bermula dari Hentian Putra KL.

Syarikat Bas yang memberikan khidmat ke Kota Bharu adalah:
(Turun di Jalan Hamzah)

- Konsortium E-Mutiara
- Ekspres Mahligai
- Sani Express
- Utama Ekspres
- Cepat Ekspres
- E- Budaya 1st class (Ekspres Kerusi Besar 3 kerusi dalam satu baris)
- Ekspres Sutera
- Ekspres Perdana

-Transnasional (Turun di stesen SKMK jalan Langgar)

*adalah di nasihatkan supaya membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan kehabisan. Ini kerana perjalanan ke Pantai Timur kebanyakkannya penuh terutama pada hujung minggu.

*Belilah tiket bas di kaunter yang menawarkan khidmat online ticketing seperti Sani Express, E- Budaya,Cepat Ekspres,Transnasional, Utama Ekspres dan Konsortium e-Mutiara untuk mengelakkan kesulitan.

1 comment:

Anonymous said...

dude,

i was goggling for bus to KB and i ended up in ur blog. The thing is...i penat asik google e budaya bus suma lah..tapi tak dapat2 jugak. do you know the link to ebudaya website. dah give up dah ni. thanks in advance.

-hani-