Monday, October 20, 2008

barang cina ooooo barang cina....

Higer ,China
Pandangan hadapan setelah cermin di tukar (WPL 2873)
pandangan sisi WPL 2873
U80 UiTM Sek 2 - Pasar Seni via KL sentral
Tanda di dalam bas:
Dari kiri Dilarang Makan dan Minum,Dilarang Membuang Sampah,Dilarang merokok dan akhir sekali Tunggu Hingga Bas berhenti
rancangan yang disiarkan oleh Transnet asia media
gambar dari tempat duduk belakang
Pandangan hadapan

Hari:Sabtu
Tarikh : 18 October 2008

Umum sedia maklom bahawa Rapid KL menggunakan bas dar Negara china. Kadang2 kawan2 aku pon dok kutuk pasal aku minat barang cina. Bukan apa dah hari-hari naik so da taw la serba sedikit mcm mana dia operate.nak di jadikan cerita ari tu kawan aku ashadi call dia kata dia ada kat shah alam... so aku tanya la nak jumpa ke tak? so dia kata ok jerk pasal nak pegi tempat wan javelin..so aku pon pegi la pickup dia kat bus stand U80 die sec 2 pasal dia ikut driver (jamdil) pi KL.so aku pon dok la.Dlm dok sembang2 kat stand tu aku pon tgk le list bas yg beroperasi ari ni.Sekali aku terlihat bas WPL 2873.Pada masa itu Driver yang bernama isanudin yang bawak bas itu utk shif petang dan shif pagi Yusri (Driver contract).Akhirnya Bas favourite aku telah beroperasi semula setelah sebulan dok kat central workshop kat Bt Caves utk inspection puspakom dan tukar cermin 4 keping.Kat atas tu ler gambor die setelah di tukar cermin dan sekali interior dalaman bas tu sekali..hope korang enjoy...


sedikit info:
Bas laluan U80 ini adalah salah satu laluan tunggal yang beroperasi dari sec 2 shah alam ke KL. Ianya popular di kalangan pelajar UiTM utk mereka keluar ke KL dan sebaliknya. Jikalau pada petang hari jumaat,sabtu dan ahad bas untuk laluan ini biasanya padat.


Maklumat perjalanan:
Laluan U80 Sek 2 UiTM - Pasar Seni
Melalui Kompleks Pkns,Tesco,Batu 3, Batu 10 Motorola,Seri setia, Asia Jaya, EPF,Masjid Ar Rahman UM,Jalan Bangsar,Stn Rel Bangsar,Brickfields,KL SENTRAL dan Stn Rel Pasar Seni(Bas stand Klang).

Tambang:RM 2 sehari (Tiket Utama)
Bas Pertama:
5.45 pagi dari Sek 2
6.00 pagi dari Pasar Seni

Bas Terakhir:
10.40 mlm dari Sek 2 shah Alam
11.30 mlm dari Pasar Seni

Kapasiti Bas : 37 Orang Duduk dan 28 Orang Berdiri

Laluan Lain di sekitar Shah Alam selain U80

Laluan Utama (RM 2 sehari)
U64 - Tmn Sri Muda - Pasar Seni via Jln Bangsar
U65 - Tmn Alam Megah - Pasar seni via Mid Valley

Laluan Tempatan (RM 1 sehari)
T601 - Hentian Bandar Shah Alam - Klang
T602 - Hentian Bandar Shah Alam - Seksyen 11,9,8,6,4
T603 - Sek 2 Shah Alam - UiTM Kampus Utama
T604 - Sek 7 Shah Alam - UiTM kampus Utama
T605 - Sek 2 UiTM - Puncak Perdana via Sek 13,TTDI Jaya
T528 - Tmn Sri Muda - Hentian Bdr Shah Alam
T529 - Hentian Bdr Shah Alam - Sek 2,16,17,18,19,24 dan Stesen Komuter shah Alam.

*Tiket ini boleh di gunakan untuk tempoh sehari.Tiket Tempatan untuk bas yang laluannya bermula dari T (spt caontoh T601).Untuk Utama pula bas yang laluannya bermula dari huruf U(Spt contoh U80)..






1 comment:

wirajack said...

Masa saya kat ITM dulu (93-97)bas feveret budak ITM ialah bas KL-Klang No222 sebab dia masuk dalam. 2nd choice, not very reliable Sri Jaya 380, naik dari Sek 2.