Saturday, October 22, 2011

Jom...Kota Bharu


Salam sumer..kali nak update Jom Ke Kota Bharu...kali ni tak banyak sangat amik pic..so first mula pada 13/10/2011 sampai 15/10/2011 . Kawan aku si Shah antar ke ERL Salak Tinggi dan aku naik bus Shuttle ke LCCT tambang RM 5.50 sehala.Perjalanan dari ERL Salak Tinggi ke LCCT lebih kurang 30 Minit. So aku naik flight AK 5282 KL ke Kota Bharu dalam pukul 11.00 am so lama la jugak lepak kat sana pasal sampai kat LCCT pukul 8.30 am.

Kat Kota Bharu member yang amik dari Airport.Kat sana stay dekat HomeStay lebihkurang 100 meter je dari Airport..Sori la ek Gambar tak amik..Tapi nama tempat dia Kels Inn..Kalo nak any info boleh tanya ngan i ek.. So oleh kerana kawan aku kerja pagi so aku kene ke Bandar KB naik bas Cityliner laluan 9 KB-Airport PC-Sabak.Tambang RM 1.80 guna bas mini je.. Untuk makluman Cityliner Kelantan dan di seluruh Malaysia di bawah pentadbiran NadiCorp Holding.

So sini ada skit-skit gambar tempat menarik sekitar Bandar Kota Bharu.Gambar ni aku amik masa otw ke Masjid pasal Hari Jumaat..So kat sana Bandar dia tak berapa sibuk pasal Hari Jumaat dan Hari Sabtu merupakan Hari cuti.


Pintu Masuk Istana

Bank Pitih

Pemandangan dari Atas Pasar Siti Khadijah





So lepas sembahyang jumaat member aku bawak pi makan Colek kat PCB atau di kenali sebagai Pantai Cahaya Bulan..Masa dolu-dolu orang panggil Pantai Cinta Berahi..lepas kerajaan PAS amik alih tukar jadik Pantai Cahaya Bulan..



Perkhidmatan Bas Cepat antara KB dan Pekan-pekan Kecil seperti
KB-Machang-K krai
KB-Pasir Mas
KB-Tanah Merah-Rantau Panjang
KB-Pasir Puteh-Jertih


Trasnansional KB-Kuala Terengganu

So kalo tak masukkan skali sedikit informasi pasal pengangkutan awam tak sah kan..Ok di Kelantan ni semua perkhidmatan bas di sediakan oleh SKMK atau di kenali sebagai Syarikat Kenderaan Melayu Kelamtan.SKMK ni mempunyai perkhidmatan Ekspres dan juga Henti-henti. So masa bergabung di bawah KTB (Konsortium Transansional Berhad) Untuk bas Henti-henti di kenali sebagai Cityliner dan Ekspres Transnasional. Untuk makluman Tempat naik untuk Bas Transnasional adalah di Stesen bandar Kota Bharu. Dekat ngan Pasar,Dekat dengan Parkson dan Dekat ngan Telekom.

*Lupa plak Ekspres KB-Gua Musang dan Rantau Panjang-Kuala Terengganu via Pasir Mas,Tanah Merah dan Jerteh adalah di bawah jenama Cityliner.



Ni gambar kawe..amik dekat ngan Bazar Buluh Kubu lepas shopping.Nak pegi jauh2 tak sempat pasal member ada hal kecemasan kat bandar pun jadik le..

Bertolak balik pada 15/10/2011 dari KB ke KL dengan Perjalanan Petang Bsa Trasnasional jam 2.00 pm.Patot da bertolak jam 2.00 pm tetapi di sebabkan masalah Teknikal bertolak jam 3.15 pm..Kalo lewat sangat mau aku mintak refund atau tuakr naik trip len..haha..


Stesen SKMK Machang.Setiap bas yang dari KB akan wajib stop dekat Machang atau yang dari KL pun wajib stop dekat Machang.Sebab ia adalah stesen pertengahan di antara stesen lain.Hari tu pun bas tak penuh ada lebih kurang 12 orang aje..dan Transnasional adalah bas Ekspres tunggal yang mempunyai perjalanan Petang dari KB ke KL.Sampai Hentian Merapoh pukul 6.45 pm rehat lebih kurang 1 jam baru gerak.

Bas ni la yang aku naik ke KL iaitu TRIP SKMK 150 . Bas-bas kelate ni memang ada no id trip kat depan cermin dia.Sampai KL pukul 11 malam dan bas ni lipat balik ke Gua Musang.

OK tu aje laporan utk kali ini semoga bertemu pada laporan akan datang..daaaaaa....

3 comments:

  1. sedih nengok kondisi 5705. asek lipat trip sampai mentenen pun x sempat buat. bas pun nampak macam jarang basuh je

    yang WSV6511 2 badanbas buat kejap je kan nampak pudar? yg bas gas 2 smart je lagi livery dia

    ReplyDelete
  2. salam saudara..

    saudara ni memang berminat hal-hal berkaitan transnasional ke..?

    memang unik la...

    ReplyDelete
  3. Asslm
    Cuma nak tahu..bas henti2 dari kb ke mchang dh beroperasi ke?

    ReplyDelete