Monday, December 7, 2009

moh ke Melaka...

Baru-Baru ini saya sempat menaiki bas Transnasional CNG Daewoo BH 117 dari KL ke Melaka.Perjalanan bermula di Puduraya platform 9 . Untuk platform ini hanya bas CNG saja yang boleh masuk al maklum lah bonggol kat atas tu. Trip ke Melaka jam 9 pagi pada masa tersebut penuh memandangkan hari tersebut merupakan hujung minggu.Bas yang saya naik pada hari tersebut ialah bas WSU 8725. Untuk makluman anda, Bas Club class boleh memuatkan seramai 41 penumpang. Pada waktu pelepasan terdapat 2 buah lagi bas CNG iaitu untuk perjalanan Muar- Bt Pahat dan Kluang.


*Ketika tiba di Melaka Sentral (WSU 8725)


Perjalanan pada hari tersebut terencat seketika kerana bas terpaksa masuk ke Depoh Kajang untuk mengisi gas. Ini membuatkan masa perjalanan menjadi lama. Maka perjalanan telah terlewat selama 1 jam.Iaitu dari 2 jam ke 3 jam kerana terpaksa mengisi gas.


*Bas PMCT (WEM 6541) ex cityliner , MAN SL 252

Setelah tiba di Melaka Sentral, saya terus ke terminal bas Domestik untuk mengambil bas ke Mahkota Parade. Bas pilihan seperti biasa bas PMCT dengan tambang yang di kenakan RM 1.00 sehala dan menggunakan laluan 17 (Melaka Sentral - Ujung Pasir) iaitu laluan sama dengan Town Bus Service.Tanpa melengahkan masa saya pun mengambil kesempatan bersiar-siar di kawasan sekitar dengan menaiki Menara Taming sari. Dengan Bayaran RM 10.00(perlu tunjuk Mykad) anda dapat menyaksikan panorama bandar Melaka yang amat menarik.



*Pemandangan dari Menara Taming Sari


*Bas Club Class WSS 8595(sdg isi gas di Petronas Senawang)

Untuk balik pula saya menaiki bas club class ke Shah Alam jam 8.00 malam. Oleh kerana kekurangan gas, Bas terpaksa keluar ke Senawang untuk mengisi gas. Lebih kurang 30 minit jangkamasa untuk mengisi gas. Maka kira -kira jam 11.00 malam barulah selamat tiba di Terminal bas Seksyen 17.


Permit Syarikat

1 comment:

  1. Salam...

    Which variant of BH117 is exactly used by Transnasional Club Class fleet? Setahu saya, out of BH117K & BH117L, only BH117K got CNG variants. Yang Transnasional punya ni guna versi enjin apa ye, ISM380 atau DV11?

    Saya bertanya berpandukan data di laman web berikut...
    http://www.daewoobus.co.kr/newsite/HTML/showroom/SDA/Intercity/sr_BH117K.php

    Tak tahulah kalau yg Transnasional punya mungkin guna variant lain.

    Thanks. Keep up the good work! :)

    ReplyDelete