Tuesday, March 31, 2009

bersama maraliner .... Butterworth - Kuantan

Pada 27 Mac 2009 , saya berkesempatan untuk mencuba laluan baru bas Maraliner Ekspres iaitu bagi perjalanan Butterworth - Temerloh - Kuantan Melalui Ipoh. Yang membuatkan saya berasa Teruja adalah kerana syarikat ini menggunakan bas chasis HinoRM1E yang teknologinya mirip kepada scania. Dengan 390 hp, bas ini tiada masalah untuk mendaki bukit dan seperti biasa la berdesup perginya.Coachbuilder yang membina bas ini tak lain tak bukan SCOMI Engineering atau lebih di kenali Mtrans. Tapi yang kelakarnya susunan kerusi mirip pada bas Plusliner dan Transnasional Club Class dengan kapasiti 38 orang penumpang berbanding Bas Plusliner dan Transnasional 41 orang penumpang. Maka pada jam 8.30mlm saya dah smpi di terminal Butterworth untuk menaiki bas ini tetapi yang terkejutnya hanya saya seorang saja yang naik dari Butterworth. Pada fikiran saya mungkin baru lagi ini.Lupa plak harga tiketnya RM 51.00 untuk ke Kuantan dari Butterworth dan trip ini berbayar yer..bukan pree..hehe..Maka perjalanan bermula tepat jam 9.00 mlm dan tiba di Terminal Medan Gopeng untuk mengambil penumpang untuk jam 11.00 malam. Berhenti rehat di Slim River selama 30 minit. Bas ini tiba di Temerloh sekitar jam 3.15 pagi dan tiba di terminal Makmur pada jam 5.20 pagi.Pada pandangan saya perfomance bas ini amat memuaskan walaupun menggunakan chasis Hino. Buat masa ini hanya sebuah bas di gunakan dan kemungkinan akan di tambah lagi pada masa akan datang.Untuk perjalanan Kuantan - Ipoh - Butterworth, Perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi setiap hari.Manakala Butterworth - Temerloh - Kuantan perjalanan bermula jam 9.00 malam dan dari Ipoh jam 11.00 malam setiap hari.

Disebelah cityliner CNG trip 771 Sg Petani - Butterworth via Highway

Pandangan hadapan WSH 5615 di Butterworth

Pandangan Belakang WSH 5615 Di Butterworth

Pandangan dari belakang kedudukan tempat duduk

Pandangan dari hadapan kedudukan tempat duduk

Talipinggang keselamatan di sediakan di setiap tempat duduk

Seat Vogelsitze yang selesa



Tempat letak barang (Beg aku tuh)

Panel meter

Sijil tamat latihan untuk memandu Hino RM1E


Di Terminal Medan Gopeng


Informasi
*Maraliner juga melancarkan juga laluan Kuantan - Alor star - Kangar - Kuala Perlis dengan menggunakan bas model yang sama.

*Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket dalam talian sila layari www.maraliner.com.my atau sila hubungi HOTLINE Maraliner 03-2697 9797.


*Tiket boleh di dapati di semua kaunter Maraliner kerana menggunakan online system ticketing.Sama juga seperti Transnasional.

1 comment: