Thursday, December 4, 2008

bas bandar kota bharu (skmk)

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau lebih sinonim lagi dengan nama skmk adalah salah satu syarikat bas yang amat terkenal sekali di negeri Kelantan. Ini adalah kerana syarikat ini yang memberikan khidmat kepada ribuan warga kelantan di semua kawasan jajahan.Ini kerana di negeri Kelantan tiada perkhidmatan LRT dan perkhidmatan teksinya tidak berapa banyak. Yang banyak hanyalah khidmat prebet sapu sahaja. Setelah khidmat bas telah di ambil alih oleh KTB (Konsortium Transnasional Berhad) , maka untuk secara tidak langsung nama bas SKMK di kenali dengan nama cityliner secara berperingkat-peringkat dengan penukaran bas baru.Hentian Bas Bandar Kota bharu berdektaan dengan Pasar Besar Siti Khadijah merupakan hentian utama bas untuk perkhidmatan domestik di Bandar ini dan Untuk Bas Ekspres pula beroperasi di Jalan Langgar berhampiran dengan KB Mall. Di bawah adalah gambar bas- bas milik SKMK yang di ambil dari stesen Bas Bandar Kota Bharu.



Logo Syarikat yang mengekalkan tulisan jawi


Jenama baru


Hentian Bas Bandar Kota Bharu



Bas asal milik UTC negeri kedah




Bas Cepat (antara bandar di negeri kelantan)






Bas Perjalanan jarak dekat


Bas Ekspres (asalnnya di gunakan oleh Transnasional Pusat)


Bas Midi (asal milik cityliner negeri sembilan 9 buah kesemuanya di beri kepada skmk)



Bas Mini (Perjalanan Jarak Dekat)

No comments:

Post a Comment