Thursday, February 9, 2012

Perubahan tempat menaiki bas Di KL Sentral

Makluman

-Untuk Pengguna bas RapidKL dan Metrobus.Mulai 6 Februari 2012 Laluan Bas di Jalan Tun Sambanthan berhampiran dengan Stesen Monorel akan di tutup.Para Pengguna perlu menunggu bas di Bangunan YMCA berhampiran dengan stesen Minyak Esso.

Laluan rapidKL yang terlibat
U60,U63,U64,U65,U66,U67,U68,U69,U70,U71,U72,U73,U74,U75,U76,U80,U84,U85,U91

Laluan Metrobus : Metro 46/46D,Metro 99 dan Metro 12

Sekian...

Sunday, February 5, 2012

Gambarku dalam Majalah Santai...

Hari tu aku ada baca dalam majalah Santai kot namanya dalam bulan Disember 2011 ari tuh...skali tengok ada gambar aku ni ha...sesuka je amik tanpa keizinan...Publisher dari Luar Negara nak pic pon siap emel taw....kalo letak dari mana dia dapat gambar ni sedap la skit..ni tak dak...apa laaaaaa...curikkk..

*p/s: ada emel editor dia tapi hampeh..

Selamat Kembali...

Salam Semua....hmmmm dah lama kan menyepi?? ok la..ni nnti saya akan update la info untuk anda semua ya..Tungguuuuuuu......

*Tak lupa Salam Maulidur Rasul 1433 Hijriah...

Saturday, October 22, 2011

Jom...Kota Bharu


Salam sumer..kali nak update Jom Ke Kota Bharu...kali ni tak banyak sangat amik pic..so first mula pada 13/10/2011 sampai 15/10/2011 . Kawan aku si Shah antar ke ERL Salak Tinggi dan aku naik bus Shuttle ke LCCT tambang RM 5.50 sehala.Perjalanan dari ERL Salak Tinggi ke LCCT lebih kurang 30 Minit. So aku naik flight AK 5282 KL ke Kota Bharu dalam pukul 11.00 am so lama la jugak lepak kat sana pasal sampai kat LCCT pukul 8.30 am.

Kat Kota Bharu member yang amik dari Airport.Kat sana stay dekat HomeStay lebihkurang 100 meter je dari Airport..Sori la ek Gambar tak amik..Tapi nama tempat dia Kels Inn..Kalo nak any info boleh tanya ngan i ek.. So oleh kerana kawan aku kerja pagi so aku kene ke Bandar KB naik bas Cityliner laluan 9 KB-Airport PC-Sabak.Tambang RM 1.80 guna bas mini je.. Untuk makluman Cityliner Kelantan dan di seluruh Malaysia di bawah pentadbiran NadiCorp Holding.

So sini ada skit-skit gambar tempat menarik sekitar Bandar Kota Bharu.Gambar ni aku amik masa otw ke Masjid pasal Hari Jumaat..So kat sana Bandar dia tak berapa sibuk pasal Hari Jumaat dan Hari Sabtu merupakan Hari cuti.


Pintu Masuk Istana

Bank Pitih

Pemandangan dari Atas Pasar Siti Khadijah





So lepas sembahyang jumaat member aku bawak pi makan Colek kat PCB atau di kenali sebagai Pantai Cahaya Bulan..Masa dolu-dolu orang panggil Pantai Cinta Berahi..lepas kerajaan PAS amik alih tukar jadik Pantai Cahaya Bulan..



Perkhidmatan Bas Cepat antara KB dan Pekan-pekan Kecil seperti
KB-Machang-K krai
KB-Pasir Mas
KB-Tanah Merah-Rantau Panjang
KB-Pasir Puteh-Jertih


Trasnansional KB-Kuala Terengganu

So kalo tak masukkan skali sedikit informasi pasal pengangkutan awam tak sah kan..Ok di Kelantan ni semua perkhidmatan bas di sediakan oleh SKMK atau di kenali sebagai Syarikat Kenderaan Melayu Kelamtan.SKMK ni mempunyai perkhidmatan Ekspres dan juga Henti-henti. So masa bergabung di bawah KTB (Konsortium Transansional Berhad) Untuk bas Henti-henti di kenali sebagai Cityliner dan Ekspres Transnasional. Untuk makluman Tempat naik untuk Bas Transnasional adalah di Stesen bandar Kota Bharu. Dekat ngan Pasar,Dekat dengan Parkson dan Dekat ngan Telekom.

*Lupa plak Ekspres KB-Gua Musang dan Rantau Panjang-Kuala Terengganu via Pasir Mas,Tanah Merah dan Jerteh adalah di bawah jenama Cityliner.



Ni gambar kawe..amik dekat ngan Bazar Buluh Kubu lepas shopping.Nak pegi jauh2 tak sempat pasal member ada hal kecemasan kat bandar pun jadik le..

Bertolak balik pada 15/10/2011 dari KB ke KL dengan Perjalanan Petang Bsa Trasnasional jam 2.00 pm.Patot da bertolak jam 2.00 pm tetapi di sebabkan masalah Teknikal bertolak jam 3.15 pm..Kalo lewat sangat mau aku mintak refund atau tuakr naik trip len..haha..


Stesen SKMK Machang.Setiap bas yang dari KB akan wajib stop dekat Machang atau yang dari KL pun wajib stop dekat Machang.Sebab ia adalah stesen pertengahan di antara stesen lain.Hari tu pun bas tak penuh ada lebih kurang 12 orang aje..dan Transnasional adalah bas Ekspres tunggal yang mempunyai perjalanan Petang dari KB ke KL.Sampai Hentian Merapoh pukul 6.45 pm rehat lebih kurang 1 jam baru gerak.

Bas ni la yang aku naik ke KL iaitu TRIP SKMK 150 . Bas-bas kelate ni memang ada no id trip kat depan cermin dia.Sampai KL pukul 11 malam dan bas ni lipat balik ke Gua Musang.

OK tu aje laporan utk kali ini semoga bertemu pada laporan akan datang..daaaaaa....

Monday, July 11, 2011

Bas Baru Rapid KL..

Mulai tahun ini RapidKL telah menggantikan bas-bas lama dengan bas-bas baru secara berperingkat-peringkat.Di sertakan bersama gambar interior bas yang rasa-rasa saya tiada siapa pun ambil even bebudak mbte..Depa kecoh je lebeh..

Tanda Larangan

Mesin Tambah Nilai Rapid Bit,GPS dan Mesin tiket biasa.



Kokpit Pemandu


Tempat duduk OKU


Skrin TV Untuk Asia Media


Tempat duduk Untuk Penumpang Biasa


Tempat Duduk OKU (Bahagian Tengah)


Pintu Belakang

Info Mengenai Bas Tersebut

Interior Dalaman


Butang untuk Kecemasan


Bas U80 Menunggu Penumpang di Seksyen 2.

Untuk Maklumat terdapat 3 jenis Chasis yang di gunakan untuk Bas RapidKL yang baru ini iaitu Scania,MAN dan King Long.Interor dalamannya sama sahaja dan ianya mesra OKU.

Bit Masuk! Bit Keluar!

Bit Masuk! Bit Keluar! adalah salah satu sitem tiket yang di perkenalkan oleh RapidKL.Ianya di perkenalkan mulai bulan Februari 2011 secara berperingkat-peringkat.Ianya mengunakan kad Touch n Go sebagai medium pembayaran untuk menggantikan sistem Konvensional iaitu menggunakan sistem tiket.Untuk Makluman beberapa laluan telah menggunakan sistem bit ini dengan pemansuhan sistem tiket sedia ada.


Mesin ini adalah untuk tujuan tambah nilai atau juga untuk pembelian kad touch n Go.


Touch Kad Touch n go anda sebelum naik dan turun.Jika tidak penalti akan di kenakan.

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi 03-7885 2885

Friday, May 6, 2011

Lokasi Tempat Naik Bas Transnasional,Plusliner dan Nice di Kuala Lumpur.

Di senaraikan tempat naik untuk bas Transnasional,Plusliner dan Nice untuk laluan berikut:

Transnasional

Dari Terminal Bersepadu Selatan, (TBS) Bandar Tasik Selatan:
Transnasional Perjalanan ke:
-Tampin,Gemas dan Segamat
-Muar dan Batu Pahat
-Johor Bahru,Pasir Gudang,Kota Tinggi,Kulai dan Singapura
-Kluang,Kuala Rompin,Endau dan Mersing

Dari Puduraya Platform 9 dan 10 Laluan Transnasional ke:

-Bidor,Teluk Intan,Lumut,Ipoh dan Kuala Kangsar
-Taiping,Parit Buntar,Butterworth dan Penang.
-Sg Petani,Alor Star,Changloon,Jitra dan Kangar.
-Kuantan (Transnasional Sahaja)

Hentian Duta
-Lenggong,Grik,Pengkalan Hulu dan Baling serta kesemua laluan ke Utara.

Hentian Putra
-Ke Kemaman,Dungun,Kuala Terengganu dan Destinasi seluruh Kelantan.

Plusliner

Puduraya Platform 9 dan 10
-Batu Gajah,Bota,Air Tawar,Sri Iskandar dan Lumut
-Kulim,Pengkalan Hulu,Baling,Butterworth dan Sg Petani
-Alor Star,Changloon,Kangar,Padang Besar dan Kuala Perlis
-Ipoh

Stesen KTM Lama
-Plusliner ke Penang

Hentian Pekeliling
-Plusliner ke Kuantan
-Transnasional ke Bentong,Raub dan Kuala Lipis

Nice Koc Eksekutif
-Butterworth dan Penang (Naik di KTM dan KL Sentral)
-Kuantan,Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Naik di KTM dan KL Sentral)
-Melaka,Johor Bahru dan Singapura(Bas boleh naik dari KL Sentral dan TBS)

Akan Datang: Bit Masuk! Bit Keluar!

Kaunter Agen Transnasional di Sekitar Puduraya..

Kepada Warga Kota yang hendak mendapatkan tiket-tiket bas Transnasional dan Plusliner serta SKS-KL Boleh di dapati di Kaunter Berikut:

Kaunter Tiket Transnasional,Plusliner dan Nice.
Lokasi: LRT Plaza Rakyat
Perjalanan: Semua Destinasi Perjalanan bas Transnasional,Plusliner dan Nice boleh di beli di sini tidak perlu masuk ke Puduraya atau ke TBS sendiri untuk membeli tiket.
Buka dari 7.00 am Hingga 11.00 pm Setiap Hari



Kaunter SKS KL
Lokasi: KT 47,Tingkat 1 Hentian Puduraya.
Laluan:KL-TG MALIM/SEREMBAN/PORT DICKSON
Tempat Naik: Platform 3


Kaunter Tiket Transnasional dan Plusliner
Tempat : KT 43 Tingkat Atas Hentian Puduraya.
Perjalanan: Semua Perjalanan bas KTB (Transnasional,Plusliner dan Nice)
Perjalanan ke Utara naik di Platform 9 dan 10 untuk bas Transnasional dan Nice.Bas Skyview dan Plusliner Extreme naik di sebelah luar.
Buka dari 6.45 am sehingga 1.00 am setiap hari.

Pertanyaan lanjut: KTB Infoline 1 300 888 582
(Beroperasi Setiap Hari 365 Hari Setahun-8.00 am->10.00 pm)

Thursday, April 28, 2011

Selamat Kembali...

Hye..selamat kembali setelah sekian lama blog ni bersawang..Insyaallah akan di kemaskini dari semasa ke semasa dengan maklumat yang berinformatif...

Sunday, February 7, 2010